Thursday, September 13, 2012

Produk-Elken Livextra

Livextra adalah minuman kesihatan untuk kesihatan kardio-serebrovaskular & dirumus berdasarkan penemuan pemenang anugerah nobel.


Sistem Kardio-serebrovaskular terdiri daripda otak, jantung dan saluran darah. Fungsi utamanya adalah untuk menghantar oksigen, nutrien, air dan hormon ke 60 trilion sel di dalam tubuh kita. Ia juga mengangkut sisa metabolik ke paru-paru, buah pinggang dan hati untuk disingkirkan. Semua proses ini adalah bergantung kepada sistem peredaran yang sihat dan efisien.



Akibat daripada sistem peredaran yang tidak sihat disebabkan oleh sebarang kegagalan fungsi yang berlaku di sekitar otak atau sistem saraf pusat, jantung dan saluran darah akan menyebabkan penyakit kardio-serebrovaskular yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi dan aterosklerosis. Selain itu, ia juga membawa kesan yang memburukkan kepada bahagian badan yang lain.




Oleh itu sangat penting bagi kita untuk mempunyai peredaran darah yang sihat kerana ia adalah berkaitan dengan :
~ Jantung yang sihat supaya ia boleh mengepam darah dengan sempurna, 
~ Saluran darah adalah lentur, kenyal dan tidak tersumbat, dan 
~ Darah tidak pekat.








Cabaran kita yang paling terbesar adalah untuk memastikan peredaran darah yang sihat. Ini adalah kerana:
~ Jantung kita mengepam 70kali seminit untuk mengedar 5liter darah berterusan ke seluruh badan kita.
~ Jantung dianggarkan menghantar darah melalui 100,000km saluran darah yang merupakan 2.5kali lilitan bumi.
~ Darah mulai menjadi pekat disebabkan oleh paras kolestrol yang tinggi dan produk sampingan metabolisme protein (daging merah) yang lain termasuk homosistin.
~ Apabila kita mencapai umur 10tahun, kolestrol mulai mendap pada saluran darah.



Memperkenalkan Livextra di mana ia merupakan satu formulasi menyeluruh dengan rumusan berpaten oleh pemenang Nobel, Profesor Dr. Ferid Murad untuk kesihatan kardio-serebrovaskular. Ia mengandungi L-Arginina, Probiotik CoQ10 (Paten 6,8667,024 dan 6,8066,069), metafolin (Paten 5,997,915 & 6,254,904) dan vitamin-vitamin B.

Livextra dirumuskan khas untuk:
~  Saluran darah : satu-satunya sumber tenaga bagi penghasilan Nitrik Oksida(NO). NO ialah pengendur saluran darah yang paling kuat bagi meningkatkan keanjalan darah supaya tekanan yang terjadi di dalam saluran darah dapat diminimumkan.
~ Jantung : dengan menggalakkan penghasilan NO, Livextra boleh menambahkan tenada dan meningkatkan aktiviti selular serta melindunginya daripada kerosakan akibat radikal bebas.
~ Darah : meminimumkan peredaran lipid, kolestrol dan homosistin di dalam darah yang menyebabkan kepekatan darah dan berkeupayaan tinggi melindungi kerosakan radikal bebas.

Apakah yang dilakukan oleh NO untuk saluran darah ? 
(rujuk gambarajah di bawah)



Beberapa faedah daripada peredaran darah yang baik:









Pengambilan yang disyorkan:



No comments:

Post a Comment