Wednesday, September 5, 2012

Produk-EL Marino

Semakin lanjut usia kita, kolagen dan elastin kulit kita yang paling berharga akan menyusut secara dramatik.



Kolagen berfungsi sebagai satu jala penyokong @ jaringan sokongan (sila rujuk kepada gambarajah di atas) yang memberikan kepadatan pada kulit. Manakala, elastin berfungsi sebagai satu spring @ pelantun (sila rujuk kepada gambarajah di atas) yang menganjalkannya.

Kolagen dan elastin ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam di mana ia merupakan bahan utama di lapisan dermis. Ia juga memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan yang wajar kepada kulit. Hampir 70% daripada tisu kita terdiri daripada kolagen. 
 

Penuaan Intrinsik - Apabila usia kita meningkat, degradasi kolagen semakin cepat dan ini menyebabkan kulit mengalami penuaan. Bermula pada usia 25 tahun, kandungan kolagen semula jadi kulit kita mula mengurang pada kadar 1.5% setahun. Pada usia 40 tahun, sintesis kolagen semula jadi kulit kita merosot sekurang-kurangnya 30% berbanding ketika kita berusia 20 tahun. Secara perlahan-lahan, penghasilan kolagen semakin perlahan berbanding dengan kadar kehilangannya lalu menyebabkan kulit menjadi kusam, kering dan hilang ketegangan yang asal.

Penuaan Ekstrinsik - Selain itu, cahaya UV, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang penuh tekanan serta tabiat yang tidak sihat seperti merokok, penyalahgunaan alkohol akan menambahkan lagi penghasilan radikal bebas di dalam kulit lalu menghasilkan pengeluaran dan aktiviti enzim yang merosakkan struktur kulit.

Tanda-tanda penuaan kulit yang berpunca daripada kekurangan kolagen:

* Kulit Kering.
* Lingkaran hitam & kantung mata.
* Kusam & nada kulit tidak sekata.
* Kulit hilang keanjalan (melendur).
* Garis-garis halus atau kedutan. 

Ahli dermatologi mendapati bahawa enzim yang terdapat di dalam badan kita iaitu kolagenase dan elastase akan merosakkan struktur kolagen dan elastin badan kita secara berlanjutan. Ini merupakan salah satu faktor utama penuaan yang terjadi pada badan kita.

Jadi, bagaimanakah anda menghalang penuaan kulit dan mengembalikan keremajaan yang lama hilang itu?

Selain Penjagaan Kulit yang Baik, kita perlukan Suplemen Dalaman Kulit (nutrikosmetik) yang berkesan, yang bukan sahaja membantu mengisi semula kolagen yang hilang daripada kulit kita, malah lebih penting lagi menyekat aktiviti enzim yang menguraikan struktur kolagen dan elastin di dalam kulit bagi memacu sistesis kolagen supaya kadar penghasilannya mengatasi kadar degradasinya.

Untuk kesan antipenuaan secara menyeluruh, kita memerlukan produk nutrikosmetik 3 dalam 1 yang berkesan dengan menyekatkan aktiviti enzim perosak kolagen (kolagenis) dan elastin (elastas), mempercepatkan penghasilan kolagen dan elastin baru dan juga menggantikan kehilangan kolagen dan elastin.

Memperkenalkan inovasi Elken EL MARINO dengan menggabungkan 2 Teknologi Canggih dari Perancis:


Teknologi Canggih 1:
Direka dengan kandungan punicanalgins (polyphenol) piawai yang 40 kali lebih tinggi antioksidan daripada jus delima.


El Marino mengandungi ekstrak buah unggul yang kaya dengan kesan antioksida, buah delima. 


Pelopor sistem penghantaran Nano ADS menyalut Aktif Buah Delima dengan penyalut istimewa agar terpelihara dari pemusnahan akibat daripada keadaan perut yang berasid tinggi. Bahan aktif yang bersaiz nano ini menembus ke dalam sel kulit secara langsung untuk menyekat aktiviti kolagenase dan elastase yang memusnahkan struktur kolagen dan elastin kulit.


Aktif El Marino menembus dengan lebih lanjut ke dalam loji kuasa sel kulit, Mitokondria  (sila ruju kepada gambarajah di atas) untuk mencergaskan sel dan mempercepatkan penghasilan kolagen dan elastin baru. Ia membekalkan 40kali lebih antioksida dari jus buah delima.

Teknologi Canggih 2:
 Adunan Istimewa Kolagen Hidupan Laut Terhidrolisis & Peptida Elastin.


Tidak seperti struktur biasa yang terdapat dalam tulang lembut binatang atau sirip ikan jerung, El Marino merupakan satu adunan peptida kolagen dan elastin marin yang terhidrolisis, suatu struktur protein yang kecil yang mudah dihadam dan diserap oleh badan kita. Penambahan peptida kolagen dan elastin setiap hari memberikan kulit kita kesan pelembapan dan anti penuaan yang kuat.

EL MARINO Membina Kulit Anda Dengan 3 Aksi Sasaran:




I: Penyekatan Enzim - menyekat aktiviti kolagenase dan elastase.
II: Kepantasan Penghasilan - mempercepat penghasilan kolagen dan elastin baru.
III: Penggantian - menggantikan kehilangan kolagen dan elastin.
Aksi Sasaran 1: 
Merencatkan enzim yang menguraikan struktur kolagen dan elastin kulit.

Walaupun pada kepekatan yang rendah, Aktif El Marino terbukti berkesan menyekat kedua-dua enzim Kolagenis(75%) dan Elastas(98%) yang menguraikan struktur kolagen dan elastin. Dengan itu mampu mencegah kulit dari penuaan.


Aksi Sasaran 2: 
 Mempercepat penghasilan kolagen & elastin. 

El Marino meneutralkan radikal bebas dalam sel kulit dan mitokondria sel, mencergaskan sel sintesis kolagen.
Hasilnya, peningkatan sintesis protein kolagen dan meningkatan penghidratan, kelicinan dan kecerahan tompok hitam pada kulit.


Aksi Sasaran 3: 
Menggantikan kehilangan kolagen dan elastin.


 Laporan Kajian Klinikal:



Cadangan Penggunaan El Marino.


Bagi mereka yang ada masalah gastrik tu, minum El Marino selepas 1jam makan.

Testimoni Pengguna EL MARINO:


More feedback tentang El Marino..............................

No comments:

Post a Comment